Syarikat Advanced Micro Devices Inc. atau AMD memperkenalkan pemproses AMD Ryzen™ Threadripper™ PRO 7000 WX-Series bersama pemproses Ryzen Threadripper 7000 Series.
AMD Ryzen™ Threadripper™ PRO 7000 WX-Series
Pemproses ini dihasilkan dengan seni bina 5nm “Zen 4” yang menawarkan teras pemproses terbanyak iaitu 96 teras dan 192 jalur untuk kegunaan simulasi kompleks, reka bentuk generatif, pemaparan dan penyusunan perisian.
AMD Ryzen Threadripper PRO 7000 WX-Series tersedia dengan 384MB cache L3 dan lapan saluran untuk memori DDR5 bagi aplikasi yang memerlukan kapasiti memori yang besar.
Berikut adalah senarai dan perincian bagi pemproses AMD Ryzen™ Threadripper™ PRO 7000 WX-Series:
AMD Ryzen Threadripper 7000 Series
Dibangun menggunakan proses 5nm dan seni bina “Zen 4”, pemproses ini membolehkan I/O yang berkuasa sehingga 48 lorong PCIe Gen 5.0 khas untuk grafik, storan dan banyak lagi.
Tambahan pula dengan kemampuan dua kali ganda lebar jalur bagi sistem memori desktop dwi-saluran biasa, pengawal memori DDR5 empat saluran pada pemproses Ryzen Threadripper 7000 Series dapat menyokong aliran kerja yang intensif.
Berikut adalah perincian serta harga jualan bagi pemproses AMD Ryzen™ Threadripper™ 7000 Series
Ketersediaan pemproses AMD Ryzen Threadripper PRO 7000 WX-Series yang terpilih dijangka akan keluar pada hujung tahun 2023 seiring dengan pemproses AMD Ryzen Threadripper 7000 Series mulai 21 November 2023.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi AMD.
{suggest}
Sumber: Siaran Media AMD
(Beli pelbagai perkakasan dan aksesori komputer di Shopee dan Lazada)