Gedung dalam talian, Amazon yang hampir meliputi keseluruhan kawasan di dunia sebagai platform e-dagang mereka kini telah mencipta satu teknologi kecerdasan buatan (AI) yang akan memudahkan kaedah dan proses pembelian barangan secara dalam talian.
Teknologi yang diberi nama ‘Rufus‘ ini merupakan chatbot yang diterapkan dengan pelbagai maklumat daripada produk-produk Amazon, ulasan-ulasan pengguna serta maklumat tambahan daripada internet.
Oleh yang demikian, Rufus dikatakan mampu untuk menjawab pelbagai jenis soalan daripada bermacam-macam sudut tentang sesuatu produk serta turut membuat perbandingan, memberi cadangan dan lain-lain hal yang berkaitan.
Seperti yang ditunjukkan dalam video di atas, Rufus hanya tersedia untuk beberapa pengguna sahaja buat masa ini kerana ia masih dalam fasa percubaan.
Tarikh tetap ketersediaan Rufus untuk para pengguna aplikasi Amazon masih lagi belum rasmi.
Tambahan lagi, jika platform gedung dalam talian di Malaysia seperti Shopee dan Lazada dapat mengambil inspirasi daripada kaedah ini, ia mungkin dapat membawa perubahan yang besar kepada sistem e-dagang tempatan.
{suggest}
Sumber: Verge