Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Amaran Hujan Tahap Bahaya Dan Buruk Di 4 Buah Negeri

Posted on Disember 9, 2022Disember 9, 2022

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) awal pagi hari ini telah mengeluarkan amaran hujan tahap bahaya dan Buruk di beberapa buah negeri.

Untuk Amaran Hujan Berterusan (BAHAYA) yang berkuat kuasa sehingga 10 Disember 2022, ia melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:-

  • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); dan
  • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)

Sementara untuk Amaran Hujan Berterusan (BURUK) yang berkuat kuasa sehingga 10 Disember 2022 pula, ia melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:

  • Perak (Hulu Perak);
  • Kelantan (Gua Musang);
  • Terengganu (Dungun dan Kemaman); dan
  • Pahang (Jerantut dan Kuantan)

Selain itu, MET Malaysia juga turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) yang berkuat kuasa sehingga 10 Disember 2022 dengan melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:-

  • Perlis;
  • Kedah;
  • Pulau Pinang;
  • Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar); dan
  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin).

Penduduk-penduduk yang berada di dalam kawasan berkenaan dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Aatau hubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: met.gov.my

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress