Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

allo Mungkin Kurangkan Harga Langganan Pelan 100Mbps

Posted on Julai 27, 2023Julai 27, 2023

Penyedia perkhidmatan internet, allo mengacahkan perubahan harga bagi pelan internet fiber 100Mbps mereka melalui satu perkongsian di Facebook.

Untuk pengetahuan anda, allo adalah salah satu anak syarikat TNB yang menyediakan perkhidmatan internet. Ketika ini, pelan internet fiber 100Mbps allo boleh dilanggan pada harga RM89 seperti di bawah:

Kami berpendapat allo mungkin memperkenalkan harga baharu sekitar RM69 ke RM79 bagi pelan tersebut pada esok hari.

Sekiranya jangkaan kami itu benar, allo menjadi antara penyedia pelan internet fiber paling kompetitif dalam pasaran ketika ini.

Secara tidak langsung, langkah ini mungkin mendesak pesaing-pesaing lain seperti CelcomDigi, Maxis, dan Unifi untuk mengemas kini harga langganan pelan mereka.

{suggest}

Hal ini demikian kerana pelan internet fiber 100Mbps adalah kelajuan internet munasabah untuk penggunaan isi rumah pada masa kini.

Sumber: allo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress