Elon Musk, seorang bilionair berasal Amerika Syarikat (AS) memaklumkan perkhidmatan satelit iaitu Starlink miliknya bakal memberi akses internet kepada agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa setelah rangkaian telekomunikasi di Gaza lumpuh sepenuhnya.
Dia memaklumkan sokongan tersebut sebagai tindak balas kepada kenyataan ahli Kongres AS, Alexandria Ocasio-Cortez yang menyatakan serangan Israel ke atas Gaza yang telah menyebabkan sistem komunikasi lumpuh adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima.
Elon Musk memaklumkan menerusi paltform X miliknya, Starlink akan memberi bantuan sambungan komunikasi kepada agensi bantuan di Gaza.
Untuk pengetahuan anda, Starlink merupakan rangkaian satelit yang diletakkan di orbit bumi yang rendah serta mampu menyediakan akses internet ke lokasi terpencil atau kawasan yang mempunyai kemudahan telekomunikasi, namun tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan rosak dan sebagainya.
{suggest}
Sumber: Sinar Harian