Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Akhirnya Roket Paling Berkuasa NASA Misi Ke Bulan Dilancarkan

Posted on November 16, 2022

Selepas beberapa kali tertangguh pelancarannya, akhirnya roket Artemis 1 untuk membawa NASA kembali ke Bulan berjaya juga dilancarkan sebentar tadi.

Artemis 1 sepatutnya diancarkan pada 29 Ogos 2022 jam 8.33.am (sekitar jam 8.00 malam waktu Malaysia) dari Pusat Angkasa Kennedy,  Cape Canaveral, Florida.

Tetapi sejak itu ia terpaksa beberapa kali ditangguhkan berikutan pelbagai isu seperti suhu enjin yang tidak berada pada suhu sepatutnya ketika ujian enjin dijalankan, kebocoran minyak serta gangguan akibat taufan.

We are going.

For the first time, the @NASA_SLS rocket and @NASA_Orion fly together. #Artemis I begins a new chapter in human lunar exploration. pic.twitter.com/vmC64Qgft9

— NASA (@NASA) November 16, 2022

{suggest}

Matlamat utama Artemis I adalah untuk menunjukkan sistem pelancar roket SLS (Space Launch System) yang membawa sistem Orion selamat dalam persekitaran penerbangan angkasa dan memastikan kemasukan semula, penurunan, percikan, dan pemulihan yang selamat sebelum penerbangan pertama dengan anak kapal menerusi misi Artemis II.

Misi ini akan melibatkan jarak keseluruhan perjalanan sejauh 2,092,147 kilometer dan Orion akan terbang 100 kilometer dari permukaan Bulan. Orion akan berada sekitar selama 6 hari bagi tujuan pengumpulan data.

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress