Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

AirAsia Tambah 4 Laluan Baharu Ke Indonesia

Posted on Oktober 5, 2022

Mulai 1 Oktober lepas, AirAsia telah menyambung semula perkhidmatan penerbangan Banda Aceh, Padang dan Pekanbaru dari Kuala Lumpur.

Bermula 20 Oktober pula, penerbangan baharu iaitu dari Pulau Pinang ke Bali (Denpasar) akan tersedia.

Justeru, AirAsia Malaysia kini menerbangkan sebanyak 10 laluan ke Indonesia. Dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Bali, Medan, Makassar, Yogyakarta, Padang, Pekanbaru dan Banda Aceh, serta dari Pulau Pinang ke Jakarta dan Bali.

{suggest}

Syarikat penerbangan tambang rendah itu juga merancang untuk meningkatkan perkhidmatan ke destinasi sedia ada dan baharu selaras dengan permintaan kukuh pada masa hadapan.

Sumber: Siaran Akhbar AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress