airasia Superapp yang akan mengubah namanya kepada airasia MOVE telah merangkul gelaran Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia di dalam Anugerah Teknologi Pengembaraan Dunia 2023.
Pada masa yang sama, anugerah ini mengukuhkan lagi kedudukan syarikat AirAsia sebagai syarikat peneraju “one-stop travel“.
Berikutan kemenangan yang telah disandang mereka dalam Anugerah Pelancongan Dunia 2023 sebagai Agensi Pelancongan Dalam Talian Terkemuka di Asia (OTA) diperoleh daripada pencolanan sulung airasia Superapp.
Sehubungan dengan itu, airasia Superapp juga turut dinobatkan sebagai Aplikasi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Laman Web Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia selama dua tahun berturut-turut.
airasia Superapp bertujuan untuk memberikan pengguna aplikasi mereka merasakan pengalaman perjalanan yang lancar setaraf dengan OTA yang lain seperti Citilink Indonesia, Turkish Airlines, Etihad Airways, ANA, Japan Airlines dan banyak lagi yang bekerja bersama AirAsia.
Pengumuman pembaharuan airasia MOVE akan dilakukan pada bulan Disember tahun ini yang akan dijangka membawa pengalaman pengguna yang lebih tinggi dan akses lancar kepada perkhidmatan perjalanan serta kewangan daripada BigPay dalam satu platform.
Anda boleh memuat turun aplikasi airasia Superapp di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
{suggest}
Sumber: Siaran Media AirAsia