Arena e-sukan dalam negara sudah semakin hangat diperkatakan peminat tempatan, terutama sekali selepas Malaysia menghantar atlet untuk PES2019 bagi Sukan Asia 2018, dan Esport Experience SUKMA Perak.
Selain itu, pemilihan Kuala Lumpur sebagai medan pertempuran Dota 2 dilihat bakal memeriahkan lagi e-sukan tempatan.
Mengutip laporan dari MyGameOne, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Menteri Belia dan Sukan telah mengulas serba sedikit tentang pembangunan sebuah e-stadium.
Laporan itu ada menyebut yang mana YB Syed Saddiq menyatakan dengan pembangun e-stadium ini, ia boleh membuka peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia dan dalam masa yang sama menjana pendapatan bagi industri yang terlibat.
1. Sempat menghadiri Majlis Penutup WESG Malaysian Qualifier. Para atlet esports Malaysia yang layak akan bertanding bagi SEA Qualifier yang akan dihoskan di Malaysia pada hujung tahun ini. pic.twitter.com/eFRpm8A75W
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 23, 2018
Difahamkan ia adalah hab esports pertama di ASEAN dan berlokasi di Klang. E-stadium terbabit bakal menyediakan fasiliti latihan bagi gamers disamping pendidikan vokasional untuk e-sukan terbabit.
2. Saya berbesar hati mengumumkan AirAsia Esports Centre iaitu esports mall pertama diwujudkan di ASEAN antara usahasama AirAsia & AgriMind bertempat di Klang. KBS serius dgn perkembangan esports & sentiasa menyokong usaha pemain industri esports utk berkembang. pic.twitter.com/bgdu8M3okD
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 23, 2018
AirAsia Esports Centre ini merupakan usahasama antara AirAsia dan Agrimind.
Sumber: MyGameOn dan Twitter YB Syed Saddiq