Syarikat global HONOR bakal memperkenalkan ciri kecerdasan buatan baharu yang mampu untuk menggerakkan kereta anda hanya dengan menggunakan pandangan mata sahaja.
Ciri penjejak mata yang masih belum diketahui namanya ini akan dipersembahkan seiring dengan pelancaran telefon pintar siri HONOR Magic6 dalam acara MWC 2024.
Fungsi yang tersedia adalah terdiri daripada menghidupkan dan mematikan enjin kereta serta menggerakkan kereta ke hadapan dan ke belakang.
Buat pengetahuan, ciri tersebut sebenarnya telah diumumkan tahun lalu. Ia adalah berkait dengan mengawal aplikasi menggunakan mata.
Jadi, fungsi itulah yang diterapkan dalam menggerakkan kereta ini.
Walaupun ciri ini masih dalam fasa ujian, keberkesanannya telah dibuktikan melalui peranti siri HONOR Magic6 dalam video demonstrasi di bawah.
Apa-apa pun, pelancaran bagi kedua-dua inovasi terbaru daripada HONOR ini boleh ditonton pada 25 Februari 2024 pukul 8:30 malam di laman web HONOR.
Beli produk HONOR di:
Shopee – https://invl.io/clkp240
Lazada – https://invol.co/clkp24d
{suggest}
Sumber: Siaran Media HONOR