Berdasarkan kajian, merentasi masa adalah mustahil kerana hukum fizik menidakkan kita untuk pergi ke masa lampau yang akan menyentuh unsur causality – sesebuah peristiwa tidak mungkin berlaku sebelum puncanya.
Walau bagaimanpun, teori relativiti am dan lubang cacing (wormhole) menyatakan merentasi masa adalah sesuatu perkara yang boleh dikecapi. Namun, idea dan teori tersebut dibatasi dengan kecetekan manusia dalam kemajuan teknologi yang ada ketika ini.
Profesor Ronald Mallett Dakwa Beliau Temui Cara Untuk Merentasi Masa
Profesor Ronald Mallett adalah seorang ahli fizik teori yang mendakwa manusia boleh mengembara atau merentasi masa menggunakan teknologi laser berputar.
Berdasarkan video (minit 4.06) di atas, beliau cuba untuk memanipulasi fabrik ruang-masa menggunakan cahaya laser melalui mesin prototaipnya.
Teori relativi am Einstein menyatakan ruang bertindak seperti medium atau fabrik, dan ia boleh dimanipulasi menggunakan tenaga atau jirim.
Idea disebalik teori beliau ini adalah cahaya boleh mempengaruhi graviti dan graviti pula boleh mempengaruhi masa. Oleh itu, beliau cuba menggabungkan persamaan tersebut untuk mempengaruhi masa melalui cahaya.
Oleh itu, beliau meramal dan menguji idea tersebut melalui pancaran laser dalam mesin prototaip beliau.
Sekiranya kita mampu menjana pancaran laser dengan ketumpatan tenaga yang memadai dan optimum untuk memanipulasi fabrik ruang-masa, secara teorinya kita boleh merentasi masa.
Kelemahan
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa batu penghalang yang membuatkan teori, idea, usaha dan pendekatan ini sukar untuk direalisasikan.
Menurut Profesor Ronald Mallett, jumlah tenaga yang diperlukan untuk menjana mesin masa prototaip beliau ini sungguh besar seperti yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah lohong hitam.
Selain itu juga, faktor kewangan juga adalah salah satu penghalang utama seiring dengan faktor tenaga. Dengan keadaan dunia yang ketika ini berhadapan akan ketidakstabilan ekonomi, tiada pihak yang mahu melabur dalam idea ini.
Tambah beliau lagi, kita mungkin hanya mampu merentasi ke masa lampau pada waktu ketika mesin masa ini telah diciptakan sahaja dan bukan pada waktu sebelum mesin tersebut dicipta.
{suggest}
Sumber: Interesting Engineering
Gambar utama: Interesting Engineering