Walaupun telah dilancarkan di pasaran Malaysia awal tahun ini, Acer Swift Go 14 kini tiba dengan varian baharu, iaitu dikuasakan cip Intel Core Ultra 9.
Selain itu, komputer riba ini juga dilengkapi dengan kad grafik Intel ARC, memori RAM LPDDR5X, storan SSD PCIe Gen 4 dan teknologi kecerdasan buatan yang terdiri daripada Acer PurifiedView AI dan Acer PurifiedVoice 2.0.
Tambahan lagi, skrin yang digunakan terbahagi kepada dua jenis pilihan iaitu WUXGA IPS (multi-touch) dan WQXGA+ OLED (colour-rich) dengan ciri DisplayHDR True Black 500 dan kecerahan puncak 500 nits.
Selain daripda kamera 1440p, Swift Go 14 ini juga diperluaskan pad sentuhnya sebanyak 44 peratus daripada keluaran sebelum ini.
Lain-lain ciri adalah seperti dwi-slot USB-C, satu slot USB-A, satu slot HDMI 2.1, slot kad mikroSD dan WiFi 7.
{suggest}
Untuk varian terbaru ini, harga permulaannya adalah RM3,899 dan bagi setiap pembelian melalui cawangan Acer, Acer eStore, Shopee dan Lazada, pembeli akan mendapat potongan harga sebanyak RM200 serta percuma tetikus wayarles Acer Porsche Design bernilai RM399.
Promosi ini hanya sah dari 15 hingga 28 April 2024 sahaja.
Beli produk Acer di:
Shopee – https://invl.io/clknhoz
Lazada – https://invol.co/clknhp5
Sumber: Siaran Media Acer Malaysia