Sebagai permulaan tahun baru 2024, Acer Malaysia kini telah menyediakan empat jenis monitor dengan ciri yang berlainan dan tersedia untuk penyesuaian penggunaan gaming mahupun umum.
Acer Nitro XV272U V3
Monitor model ini dilengkapi dengan panel skrin Agile-Splendor IPS 27 inci dan resolusi WQHD 2560 x 1440.
Paparan skrinnya juga mempunyai kadar segar semula 180Hz dengan teknologi AMD FreeSync Premium untuk kualiti paparan pada tahap maksimum.
Harga yang diletakkan bagi Acer Nitro XV27U V3 ini adalah RM949.
Siri Acer Nitro XZ2
Untuk pengetahuan anda, siri monitor Nitro XZ2 ini adalah monitor jenis gaming yang dilengkapi dengan skrin melengkung 1500R dan paparan VESA DisplayHDR 400 bagi kedua-dua model.
Nitro XZ322QUS
Untuk model XZ322QUS ini, skrin yang digunakan adalah panel VA bersaiz 31.5 inci dengan masa gerak balas 1ms pada kadar segar semula 165Hz serta mempunyai resolusi 2560 x 1440 WQHD.
Harga yang ditawarkan adalah RM999 per unit.
Nitro XZ342CUV3
Model Nitro XZ342CUV3 pula hadir dengan paparan yang lebih besar untuk siri ini iaitu 34 inci. Monitor ini juga mempunyai masa tindak balas 1ms, kadar segar semula 180Hz dan resolusi 3440 x 1440 UltraWide QHD.
Monitor ini boleh dibeli dengan harga RM1,499 per unit.
Acer VT270
Untuk yang terakhir, Acer VT270 hadir ke pasaran Malaysia dengan ciri skrin sentuh ‘10 Point Touch‘ pada skrin bersaiz 27 inci dengan paparan sudut 178 darjah.
Monitor ini juga disediakan bagi kegunaan pejabat dengan keupayaan kadar segar semula 75Hz dan resolusi 1920 x 1080.
Harga untuk satu unit monitor ini telah ditetapkan kepada RM1,399.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Acer Malaysia