Syarikat teknologi gergasi Taiwan, Acer yang terkenal dengan komputer riba dan perkakasan komputernya, telah mengambil langkah strategik dengan mengeluarkan produk kenderaan elektrik yang sedang berkembang pesat di India dengan melancarkan skuter elektrik pertamanya, Acer Muvi 125 4G berharga Rs 99,999 (~RM5720).
Acer Muvi 125 4G adalah hasil daripada jalinan kerjasama dengan syarikat Think eBikeGo Pvt Ltd yang merupakan sebuah syarikat permulaan mobiliti bandar di India.
Acer Muvi 125 4G mampu mencapai kelajuan maksimum 75km/j dan jarak yang boleh dicapai dengan sekali pengecasan penuh sejauh 80km.
Ia direka bentuk mengikut kesesuaian pelbagai penggunaan seperti untuk pergi ke pejabat, pergi ke kolej untuk pelajar dan untuk kegunaan harian. Kenderaan ini juga dibina khas untuk kegunaan B2B seperti penghantaran makanan atau penghantaran barangan runcit menjadikannya sebuah kenderaan yang serba boleh.
Skuter ini mempunyai casis yang ringan dan roda bersaiz 16 inci untuk memastikan kestabilan ketika merentasi pelbagai bentuk muka bumi. Selain itu, baterinya boleh ditukar seperti kenderaan elektrik yang lain sekali gus dapat memastikan perjalanan berterusan tanpa sebarang masalah.
Acer Muvi 125 4G layak untuk mendapat subsidi sama ada daripada kerajaan peringkat pusat atau negeri sekali gus dapat mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik di India.
{suggest}
Sumber: MSN