Acer baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran produk komputer riba terbaru dalam siri Chromebook Plus mereka iaitu Acer Chromebook Plus 514 (CB514-4H/T) yang dikuasakan dengan cip pemprosean Intel Core i3.
Selain disokong oleh memori 8GB RAM LPDDR5 dan kad grafik Intel UHD Graphics, ia juga hadir dengan skrin IPS 14 inci dengan resolusi Full HD, kecerahan puncak 300 nits serta pilihan skrin sentuh.
Model ini juga mampu mengendalikan ciri teknologi kecerdasan buatan dalam aplikasi Google Photos yang mempunyai ciri suntingan gambar, Magic Eraser.
Lain-lain kelengkapan adalah seperti sistem ChromeOS, sambungan Bluetooth 5.2, dwi-slot USB-C 3.2 Gen 1, Wi-Fi 6E dan kapasiti bateri 53 WHr.
{suggest}
Walaupun ketersediannya di pasaran Malaysia belum disahkan, model Chromebook Plus 514 (CB514-4H/T) ini telah ditetapkan harganya pada USD399.99 (~RM1,902.23)
Beli produk Acer melalui gedung dalam talian:
Shopee – https://invl.io/cll0z37
Lazada – https://invol.co/cll0z3h
{suggest}
Sumber: Siaran Media Acer