Siapa yang tak suka ada pilihan pembayaran yang banyak? FPX, e-dompet, COD, tunai? Lagi banyak lagi bagus.
Menurut laporan oleh Adyen, 55% pembeli mengatakan bahawa mereka akan meninggalkan troli maya mereka jika kaedah pembayaran pilihan mereka tidak tersedia.
Senang kata, kalau seorang pembeli itu jadikan TNG eWallet sebagai kaedah utama dan platform e-dagang tersebut tidak menyokongnya, maka pembeli tersebut mungkin akan cari produk sama di platform lain.
{suggest}
Pembelian di kedai
- Tunai – 79%
- Kad debit/kredit – 66%
- E-dompet – 32%
- Kod QR – 24%
Keinginan untuk fleksibiliti ini juga turut dicerminkan dalam cara rakyat Malaysia memilih untuk membayar. Walaupun wang tunai kekal sebagai raja untuk pembelian dalam kedai (79%) diikuti dengan kad debit atau kredit (66%), rakyat Malaysia juga menunjukkan kecenderungan yang semakin meningkat terhadap kaedah pembayaran alternatif seperti e-dompet (32%) dan kod QR (24%). Bagi pembelian dalam talian, kaedah pembayaran utama pelanggan ialah kad debit atau kredit (62%), e-dompet (47%) dan kod QR (20%). – Adyen
Pembayaran dalam talian
- Kad debit/kredit – 62%
- E-dompet – 47%
- Kod QR – 20%
Hasil laporan ini adalah daripada tinjauan terhadap 36,000 pengguna bagi meninjau 12,000 perniagaan di seluruh dunia, termasuk 1,000 pengguna dan 505 perniagaan di Malaysia.
Sumber: Siaran Media Adyen