Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

55% Pengguna Malaysia Tak Jadi ‘Check Out’ Sebab Kaedah Pembayaran – Laporan

Posted on Julai 5, 2023Julai 5, 2023

Siapa yang tak suka ada pilihan pembayaran yang banyak? FPX, e-dompet, COD, tunai? Lagi banyak lagi bagus.

Menurut laporan oleh Adyen, 55% pembeli mengatakan bahawa mereka akan meninggalkan troli maya mereka jika kaedah pembayaran pilihan mereka tidak tersedia.

Senang kata, kalau seorang pembeli itu jadikan TNG eWallet sebagai kaedah utama dan platform e-dagang tersebut tidak menyokongnya, maka pembeli tersebut mungkin akan cari produk sama di platform lain.

{suggest}

Pembelian di kedai

  • Tunai – 79%
  • Kad debit/kredit – 66%
  • E-dompet – 32%
  • Kod QR – 24%

Keinginan untuk fleksibiliti ini juga turut dicerminkan dalam cara rakyat Malaysia memilih untuk membayar. Walaupun wang tunai kekal sebagai raja untuk pembelian dalam kedai (79%) diikuti dengan kad debit atau kredit (66%), rakyat Malaysia juga menunjukkan kecenderungan yang semakin meningkat terhadap kaedah pembayaran alternatif seperti e-dompet (32%) dan kod QR (24%). Bagi pembelian dalam talian, kaedah pembayaran utama pelanggan ialah kad debit atau kredit (62%), e-dompet (47%) dan kod QR (20%). – Adyen

Pembayaran dalam talian

  • Kad debit/kredit – 62%
  • E-dompet – 47%
  • Kod QR – 20%

Hasil laporan ini adalah daripada tinjauan terhadap 36,000 pengguna bagi meninjau 12,000 perniagaan di seluruh dunia, termasuk 1,000 pengguna dan 505 perniagaan di Malaysia.

Sumber: Siaran Media Adyen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress