Setiap rumah semestinya memiliki vakum untuk membersihkan rumah kerana ia lebih efisien berbanding penyapu biasa.
Penggunaan vakum juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan di rumah secara berkesan dan pantas.
Lagi mudah jika ia jenis tanpa wayar. Barulah rasa lebih bebas apabila kita sedang vakum karpet atau lantai.
Sekiranya anda belum ada vakum tanpa wayar atau cordless, ini adalah 5 vakum tanpa wawar berbaloi bawah RM400.
{snap}
1. PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Kaden Series Pro K2 Max
Pertama sekali, PerySmith merupakan jenama yang boleh dikatakan popular di Malaysia.
Kuasa sedutannya adalah sehingga 19kPa, motor berkelajuan 76000rpm dengan berat 1.7kg. Ia juga mempunyai penapis pelbagai lapis dan juga ada penapis HEPA micron 0.25 untuk tapis partikel kecil.
Untuk masa penggunaan, ia dikatakan dapat bertahan dengan penggunaan tanpa henti sehingga 45 minit.
{snap}
2. Corvan Cordless Vacuum Wireless K6s
Vakum ini dipasarkan sebagai ringan dan mudah digunakan yang mana beratnya 1.2kg sahaja.
Terdapat dua mod sedutan, normal dan turbo untuk penggunaan mengikut situasi. Malah, ia juga ada lampu LED untuk memberikan pencahayaan di bawah katil atau sofa misalnya.
Dari segi bateri, ia dikatakan dapat bertahan selama 30-40 minit dengan masa pengecasan penuh 3 hingga 4 jam.
Tambahan lagi, ia hadir dengan penapis HEPA 3-peringkat yang juga boleh dibasuh.
{snap}
3. Midea Cordless Vacuum CleanerMVC-15P
Midea Cordless Vacuum Cleaner ini didatangkan dengan saiz yang kecil dan mampu menyedut habuk secara teliti kerana boleh dikawal sehingga 90 darjah.
Bukan itu sahaja, vakum ini boleh ditanggalkan dengan tujuan membuat kerja pembersihan menggunakan tangan seperti celahan tilam, sofa, di bahagian aksesori rumah serta ia mampu bertahan selama 20 hingga 3o minit.
{snap}
4. Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10
Seterusnya, tidak lupa juga kepada Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10 yang mempunyai kuasa sedutan sehingga 19000pa untuk membersihkan segala kotoran yang terkumpul.
Menariknya, ciri yang dihiasi oleh jenama Hericaine ini adalah lampu LED yang bertujuan untuk memudahkan pengguna lihat di kawasan kurang cahaya.
Bukan itu sahaja, vakum ini juga didatangkan penapis HEPA dan baterinya boleh bertahan sehingga 40 minit.
{snap}
5. Deerma VC01 Max 2 in 1 Vacuum & Mop
Akhir sekali, jenama Deerma ini mengaplikasikan idea vakum yang dilengkapi dengan mop yang mampu bertahan sehingga 90 minit.
Ia boleh meningkatkan kuasa sedutan sehingga 60% lebih banyak daripada model yang lain. Sementara beratnya adalah 1.6kg.
Manakala untuk mopnya pula, boleh diisi air cucian sebanyak 200ml. Hal ini bertujuan untuk membersihkan sisa sedutan bagi memerangkap kotoran dengan lebih efektif.