Rangkaian 5G di Malaysia kini telah meluas dan rata-rata pengguna sudah menggunakan rangkaian ini.
Kepada mereka yang bercadang untuk membeli telefon pintar, digalakkan untuk mencari peranti dengan sokongan 5G.
Jangan risau, di sini kami kongsikan lima telefon 5G pada harga bawah RM1000 buat masa sekarang.
{snap}
1. vivo Y36 5G
Pertama sekali, telefon pintar vivo Y36 5G ini dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 6020, memori RAM 8GB + 8GB dan storan 256GB.
Peranti ini dibekalkan bateri 50000mAh dengan sokongan pengecasan pantas FlashCharge 44W.
Vivo Y36 5G menggunakan tetapan 2 kamera – 50MP utama f/1.8, 2MP bokeh f2.4 dan 16MP swafoto f/2.45.
Dilengkapi skrin IPS LCD 6.64″ yang menyokong kadar segar semula 60Hz dan kadar kecerahan 650 nits.
{snap}
2. realme 11x 5G
Selain itu, keluaran telefon pintar realme 11x 5G ini didatangkan dengan cip Mediatek Dimensity 6100+ 5G, memori RAM LPDDR4X 6GB / 8GB dan storan 128GB dengan sokongan slot kad mikroSD.
Peranti ini dilengkapi skrin LCD 6.72″ beresolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 680 nits.
Tambahan pula, telefon ini hadir dengan kamera – 64MP utama, 2MP potret dan 8MP swafoto. realme 11x 5G disokong bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 33W.
{snap}
3. Tecno Pova 6 Pro 5G
Tecno Pova 6 Pro ini menampilkan skrin berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ Amoled, sokongan kadar segar semula 120Hz.
Peranti ini dijana cip pemproses MediaTek Dimensity 6080 bersama konfigurasi 12GB RAM dan storan 256GB.
Untuk fotografi, Tecno Pova 6 Pro dimuatkan kamera 108MP utama, 2MP potret dan 32MP swafoto.
Beralih ke bahagian dalam, peranti ini dibekalkan kapasiti bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 70W melalui port USB-C 2.0.
{snap}
4. iQOO Z7x 5G
Selanjutnya, iQOO Z7x 5G menggunakan cip Snapdragon 695 5G, memori RAM 8GB + 8GB dan storan 256GB.
Tambahan pula, ia menampilkan skrin berukuran 6.64-inci denganĀ sokongan kadar segar semula 120Hz.
Untuk kamera, iQOO Z7x 5G dimuatkan kamera dengan 50MP + 2MP utama dan 8MP swafoto.
Beralih ke bahagian dalam, peranti ini dibekalkan kapasiti bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 80W.
{snap}
5. Nubia Neo 5G
Akhir sekali, Nubia Neo 5G dikuasakan cip Unisoc Tiger T820 2.7GHz, memori RAM 8GB + 10GB dan storan 256GB.
Neo 5G dilengkapi skrin IPS 6.6″ beresolusi 1080p x 2408 dengan s0kongan kadar segar semula 120Hz.
Bukan itu sahaja, peranti iniĀ yang dilengkapi bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 22.5W dan waranti selama 1 tahun.
Untuk kamera, peranti ini mempunyai tetapan 2 kamera – 50MP utama, 2MP bokeh kedalaman dan 8MP swafoto.