Kita abaikan terlebih dahulu tentang virus. Berikut antara aplikasi dan tetapan yang menjadikan PC anda Lambat Untuk dihidupkan.
1. Gaming Client
Salah satu yang paling banyak digunakan ialah Steam. Salah satu kelebihan yang ada pada Steam ialah kemampuannya untuk “Update” atau pembaharuan secara berkala. Faktor ini secara tidak langsung akan menyebabkan PC anda menjadi sedikit perlahan ketika dihidupkan.
2. Aplikasi “Chatting”
Aplikasi ini sudah tidak ramai digunakan sekarang, memandangkan sudah adanya peranti pintar. Namun kepada yang masih menggunakannya, pastikan anda mematikan fungsi Auto Launch at Stratup, kerana ianya akan melembabkan proses menghidupkan komputer.
3. Program Adobe.
Program ini sememangnya sangat berguna kepada kita, namun beberapa fitur auto-updatenya boleh menyebabkan PC menajdi perlahan.
4. Cloud Storage
Penggunaan storan awan ini sudah menjadi kebiasaan kepada pengguna masakini. Namun fungsi auto “syncronize” nya boleh menajdikan PC anda sedikit perlahan, terutamanya kepada PC yang mempunyai spesifikasi yang rendah.
5. Program atau Aplikasi daripada Apple
Kepada pengguna PC berasaskan Windows, anda dinasihatkan agar tidak menggunakan sebarang perisian daripada Apple seperti iTunes Helper atau Apple Push. Kerana ternyata penggunaannya akan menjadikan PC anda sangat perlahan ketika dihidupkan.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.