Setiap pengguna telefon pintar semestinya memiliki bank kuasa atau powerbank yang dijadikan kepada kuasa sandaran sekiranya bateri sudah rendah apabila berada di luar.
Setiap powerbank mempunyai ciri yang berlainan seperti kapasiti, saiz, kelajuan cas dan lain-lain lagi.
Jika anda sedang mencari powerbank baharu dan mampu milik, ini 5 powerbank bawah RM150.
{snap}
1. Aukey PD QC 3.0 Fast Charging Powerbank
Aukey PD QC 3.0 Fast Charging Powerbank didatangkan dengan foldable stand. Secara tidak langsung, anda boleh meletakkan telefon ketika dicas.
Ia menawarkan kapasiti 10,000mAh dengan pengecasan 18W berwayar dan sehingga 10W tanpa wayar.
{snap}
2. UGreen 10000mAh
UGreen merupakan salah satu jenama yang boleh dikatakan popular di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana harganya yang sangat mampu milik dan berpatutan.
Powerbank ini mempunyai 2 port, iaitu USB-C (in/out) dan juga USB-A (out). Saiznya agak kompak tetapi kapasiti masih besar, 10000mAh.
Menyokong pengecasan dua peranti serentak, ia menawarkan kelajuan mengecas sehingga 30W berwayar.
{snap}
3. Xiaomi Mi Powerbank 3
Selain itu, powerbank yang menyediakan banyak port pengecasan adalah Xiaomi Mi Powerbank 3 yang sememangnya memfokuskan teknologi pengecasan bateri.
Tambahan pula, harganya sangat murah dengan tiga port output untuk mengecas tiga peranti serentak.
Ia juga mempunyai kelajuan mengecas sehingga 22.5W dan kapasiti sebesar 10,000mAh.
{snap}
4. Baseus Powerbank 10000 mAh Mini Magnetic Wireless Fast Charging
Pengguna telefon pintar yang ingin mencari powerbank tanpa wayar dan magnetik, Baseus Powerbank 10000 mAh Mini Magnetic Wireless Fast Charging merupakan jawapannya.
Hal ini dikatakan demikian kerana powerbank ini memiliki cira Auto-Wake yang mana membolehkan powerbank berhubung dengan peranti untuk dicas tanpa wayar untuk diletakkan di atasnya.
Bukan itu sahaja, powerbank ini juga sangat kecil dan mudah dibawa kemana-mana dengan tidak memerlukan ruang yang banyak untuk disimpan.
Dengan kapasiti 10000mAh, iai menawarkan pengecasan 15W tanpa wayar dan 20W berwayar.
Dari segi port sambungan, USB-A atau USB-C memudahkan anda untuk digunakan daripada pelbagai jenis peranti.
Ciri keselamatan juga disediakan bagi melindungi telefon pintar anda daripada dicas secara berlebihan, kerosakan haba dan sebagainya.
{snap}
5. Yoobao D10Q 10000 mAh
Yoobao D10Q 1000 mAh 22.5W Super Fast Charge Slim Powerbank ini menawarkan kelajuan pengecasan 22.5 W.
Powerbank jenama Yoobao ini turut dilengkapi dengan output Type-C dan dual USB dan port input Jenis-C yang menyokong pengecasan pantas.
Ciri perlindungan juga ditawarkan iaitu perlindungan litar pintas, dan pengecasan berlebihan.