Pada zaman sekarang, penapis udara (air purifier) sudah menjadi sebahagian daripada barangan keperluan yang wajib untuk diletakkan di rumah. Khususnya kepada mereka yang memelihara haiwan peliharaan di rumah atau sensitif dengan habuk.
Kewujudan penapis udara ini dapat memperbaiki kualiti udara dengan mengurangkan habuk-habuk atau pencemaran yang tidak diingini.
Walau bagaimanapun, pemilihan dalam pembelian penapis udara yang baik dan murah perlulah dititkberatkan agar mendapat penapis udara yang berkualiti.
Berikut adalah senarai penapis udara dibawah RM500.
{snap}
1. Xiaomi Mi Smart Air Purifier 4 Compact
Penapis udara Xiaomi ini boleh menjalankan pembersihan untuk mendapatkan udara yang bersih dalam kawasan 27m² dengan cara plug-in serta wujudnya fungsi auto detect.
Fungsi asas penapis udara ini adalah bertujuan untuk menapis habuk, alergen, asap dan bau.
Xiaomi Mi Smart Air Purifier 4 Compact ini mampu membasmi 99.99% jenis virus termasuklah Staphylococcus Aureus, Escherichia Coli dan H1N1.
Ciri yang dimilikinya lagi adalah dihadiri dengan 3 lapisan berkecekapan tinggi, paparan LED digital dan kawalan app + AI kawalan suara pintar.
{snap}
2. Midea MAP-20BD Air Purifier
Penapis udara ini didatangkan dengan PRE Filter, HEPA Filter dan Active Carbon Filter.
Pergerakan udara untuk penapis udara Midea ini mampu dikawal sehingga 4 peringkat melalui ionizer.
Kadar penapis udara ini iaitu 200/m³ sejam membolehkan udara dapat dibersihkan dengan pantas.
Paparan akses untuk sleep mode juga dihasilkan oleh Midea serta tetapan masa sehingga 8 jam dan kelajuan putaran kipas.
{snap}
3. Sharp Plasmacluster Air Purifier FP-J30L
Penapis udara dari Sharp ini dikatakan sangat efisyen kerana teknologi Plasmacluster sesuai jika diletakkan di kawasan bandar yang padat seperti asap jerebu, asap enjin kereta dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, penyakit yang daripada bakteria dan virus melalui pembawaan udara juga dapat dimatikan dengan cepat.
Penapis udara ini dapat beroperasi di ruang berukuran 23m² yang mana bersesuaian dengan ruang tamu, bilik tidur dan dapur.
{snap}
4. Philips 600i Series Compact Air Purifier
Penapis udara daripada Philips ini mampu dinikmati udara dalaman kurang daripada 17 minit.
Rekaannya agak kompak dengan ketinggian 34cm.
Dua lapisan melalui Nanoprotect HEPA dengan zarah sekecil 0.003 mikron dan pra-penapis untuk kumpulan zarah yang besar.
Terdapat fungsi ultra-calm dan tanpa gangguan cahaya yang menarik.
Tiga mod yang berbeza iaitu kelajuan sederhana, kelajuan turbo dan mod tidur dengan bunyi serendah 16db.
{snap}
5. Daikin Air Purifier MCQ30ZVMM-H
Penapis udara Daikin Air Purifier ini berukuran H450 x W270 x D270 dengan berat 5.8kg serta jaminan 1 tahun.
Penggunaan kuasa di antara 9W hingga 25W dan boleh membersihkan udara dalam kawasan bilik seluas 23m² dengan kadar aliran udara 1.0 hingga 3.0 meter padu seminit.
Kali ini didatangi dengan penapis hepa elaktrostatik, penapis biru gin ion dan penapis debu (pm2.5).
Pelbagai ciri yang diperbaharui dalam penapis udara ini. Salah satu daripada itu adalah mod turbo, kecerahan boleh laras, child-proof lock, auto-restart selepas kegagalan kuasa dan penstabilan percuma disertakan.