Kini, True Wireless Earbuds (TWS) atau fon telinga tanpa wayar semakin menjadi pilihan ramai memandangkan ia lebih mudah untuk digunakan.
Malah, sudah banyak fon telinga tanpa wayar yang ada di pasaran. Daripada mampu milik sehinggalah yang premium.
Bagi anda yang mencari TWS bajet, berikut adalah senarai fon telinga bawah RM300.
{snap}
1. realme Buds Air 5
realme Buds Air 5 hadir dengan pemacu 12.4mm dan ciri dynamic bass boost.
Turut mempunyai pembatalan hingar aktif (ANC) 50dB dengan 3 mod (mild, moderat, deep). Untuk panggilan, terdapat 6 mikrofon terbina yang juga menyokong pembatalan hingar.
Selain latensi rendah, fon telinga ini boleh bertahan sehingga 38 jam main balik dan boleh capai 7 jam main balik dengan hanya 10 minit cas.
{snap}
2. Baseus WM01 TWS Bluetooth Earphones
TWS Baseus kecil dan ringan ini menawarkan masa penggunaan 5 jam dan sehingga 25 jam main balik dengan bekas simpanannya.
Selain itu, ia menggunakan teknologi tanpa wayar 5.3 untuk sambungan lebih baik, sokongan dua peranti serentak, pengurangan bunyi hingar dan juga ada pembantu suara (voice assistant).
{snap}
3. Oppo Enco Buds2
Oppo Enco Buds2 menawarkan jangka hayat bateri sehingga 28 jam yang dilengkapi dengan Kesan Bunyi Stereo Langsung Enco serta Bluetooth 5.2.
Bateri berkapasiti 40mAh (fon putik) manakala 460mAh (bekas simpanan).
Tambahan pula, fon telinga ini mempunyai pemacu 10mm dengan bass lebih kuat. Ia juga mempunyai pembatalan hingar AI untuk panggilan audio dan penarafan IPX4.
{snap}
4. Sony WF-C500
Model keluaran Sony ini menawarkan bunyi yang baik untuk fon telinga yang wayerless dengan saiz 5.4g.
Bateri Sony WF-C500 ini mampu bertahan sehingga 20 jam (dengan bekas simpanan) serta dilengkapi dengan pemacu 5.8mm dan Bluetooth 5 untuk sambungan.
Walaupun harga fon telinga ini kurang mesra bajet tetapi ia ada penarafan IPX4 dan kualiti daripada Sony memang baik.
{snap}
5. JBL Wave Beam
JBL Wave Beam hadir dengan pemacu bersaiz 8mm dengan deep bass dan mempunyai sambungan bluetooth 5.2.
Fon putiknya mempunyai penarafan IP54 dan bekas pengecasnya pula IPX2. Dari segi ketahanan bateri, ia boleh bertahan 8 jam dan 24 jam dengan bekas simpanan.
Ia turut mempunyai teknologi ambien pintar yang mana muzik atau audio akan jeda apabila anda bercakap menerusi ciri TalkThru. Namun, ia tidak ada ciri ANC.