Fon telinga dan fon kepala mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada yang cenderung memilih fon kepala kerana lebih selesa.
Malah, ada yang menganggapnya sebagai fesyen. Ada banyak fon kepala di pasaran, dari mampu milik sehinggalah model yang disasar untuk golongan audiophile.
Oleh itu, untuk artikel ini akan berkongsikan 5 fon kepala yang anda boleh beli pada harga bawah RM400.
{snap}
1. Edifier W820NB Bluetooth Headphone
Pertama sekali, Edifier W820NB Bluetooth merupakan fon kepala yang hadir dengan ciri ANC dan ambien.
Mikrofon juga disediakan yang memudahkan pengguna berkomunikasi ketika membuat panggilan.
Boleh dikatakan fon kepala ini sangat baik tahap penggunaan baterinya kerana boleh digunakan sehingga 49 jam main balik walaupun secara berterusan.
Edifier W820NB Bluetooth Headphone ini ringan untuk dipakai tanpa rasa sakit pada bahagian telinga atau kepala. Sememangnya, jenama ini lebih mengekalkan keselesaan pengguna seiiring dengan kualiti audio yang agak baik.
{snap}
2. Baseus H1 Pro Wireless Headphone
Baseus bukanlah jenama yang asing lagi dan mereka pun ada juga fon kepala.
Baseus H1 Pro mempunyai rupa bentuk agak menarik dan unik berbanding yang lain. Ia hadir dengan binaan plastik beserta logam.
Dari segi sambungan, headphone ini menggunakan bluetooth V5.3 dengan kapasiti bateri 800mAh serta jarak komunikasi yang boleh dilakukan adalah sejauh 10 meter.
Dari segi ketahanan bateru, ia dikatakan boleh bertahan sehingga 80 jam. Ciri lain adalah penarafan Hi-Res, LHDC audio ecoding, ANC, latency rendah dan ANC.
{snap}
3. Anker Soundcore Life Q30
Anker Soundcore Life Q30, fon kepala yang reka bentuknya sangat elegan dengan terpapar logo Soundcore yang berwarna keemas-emasan.
Namun begitu, jika dipakai ia berasa agak berat apabila dipakai dalam jangka waktu yang lama.
Dari segi bateri, Anker mengatakan ia boleh digunakan selama 40 jam dan dengan 5 minit cas, boleh dapat 4 jam main balik.
Seperti biasa Anker menawarkan tiga mod ANC iaitu Transport, Indoor and Outdoor. Mod ini boleh didapatkan di aplikasi Soundcore.
{snap}
4. Sony WH-CH520
Sony WH-CH520 mampu memberikan kualiti panggilan yang baik. Perkara ini mampu menarik perhatian pengguna dengan ciri yang dihasilkan itu.
Jangka hayat bateri dikatakan mampu bertahan sehingga 50 jam dan masa pengecasan penuh 3 jam.
Dari segi sambungan, fon kepala ini menggunakan bluetooth 5.2 serta beratnya lebih kurang 147g sahaja.
Tambahan pula, fon kepala ini didatangkan dengan 4 warna yang menarik minat pengguna iaitu biru, beige, putih dan hitam.
{snap}
5. JBL TUNE 520BT
JBL TUNE 520BT ini memberi anda 40 jam bateri dalam satu cas.
Dari segi sambungan, fon kepala ini menggunakan bluetooth 5.3 yang mampu membuat sambungan daripada mana-mana panggilan.
Antara cirinya adalah jangka hayat bateri sehingga 57 jam, voice aware, JBL Pure Bass, boleh dilipat dan juga mempunyai pembantu AI, Google Assistant dan Alexa.