Netflix telah menjadi platform penstriman paling popular di dunia dan memiliki berjuta-juta pelanggan di serata dunia. Filem yang ditayangkan juga dari seluruh dunia.
Untuk kali ini, saya akan senaraikan 5 filem yang mendapat tontonan paling tinggi dalam platform netflix.
Red Notice (2021)
Jumlah tontonan: 230,900,000
Ejen FBI John Hartley (Dwayne Johnson) sedang menyiasat kes kecurian satu daripada tiga telur yang pernah diberikan kepada Cleopatra oleh Marc Antony. Johnson mendapatkan semula telur yang hilang daripada Booth iaitu seorang pencuri seni terkenal (Ryan Reynolds).
Seorang lagi pencuri iaitu Black yang menyamar sebagai salah satu pasukan penyerang, menukar telur sebenar dengan telur palsu. Ejen Hartley dipersalahkan atas kehilangan telur itu. Dia dan Booth dipenjarakan bersama.
Black (Gal Gadot) meminta Booth membantunya mencuri dua telur seterusnya. Pada mulanya dia menolak. Tetapi akhirnya dia dan Hartley akhirnya membuat rancangan untuk mencuri telur kedua yang ada pada Black.
Sekiranya berjaya, dia akan merancang untuk telur yang ketiga pula. Keberadaaannya hanya diketahui oleh Booth sahaja. Adakah mereka akan berjaya? Anda perlu tonton filem ini untuk mendapatkan jawapannya.
Don’t Look Up (2021)
Jumlah tontonan: 171,400,000
Dua ahli astronomi bawahan, yang dilakonkan oleh Jennifer Lawrence dan Leonardo DiCaprio, menemui sebuah komet sedang meluncur ke arah Bumi.
Komet tersebut akan melenyapkan semua kehidupan di bumi apabila ia mencecah bumi. Komet tersebut mengambil masa enam bulan untuk sampai ke bumi.
Presiden negara yang dibintangi oleh Meryl Streep dan anak kepada ketua kakitangannya yang dibintangi oleh Jonah Hill kelihatan tidak mengambil berat tentang isu tersebut.
Mereka mengambil keputusan untuk melepaskan isu ini kepada pihak media. Apabila anda menonton filem ini, reaksi anda pasti akan bercampur-baur. Filem ini juga mengingatkan kita kepada pasca pandemik yang pernah kita lalui sebelum ini.
The Adam Project (2022)
Jumlah tontonan: 157,600,000
Adam Reed yang berusia dua belas tahun sedang berduka nestapa atas kehilangan bapanya baru-baru ini. Pada satu hari, dia terserempak dengan seorang juruterbang yang sedang cedera parah.
Kebetulan pula, juruterbang tersebut kelihatan seperti versi dirinya yang lebih lama. Adam yang berusia dua belas tahun kelihatan tidak senang dengan Adam versi dewasa, yang dilakonkan oleh Ryan Reynolds.
Namun, dia tetap cuba untuk membiasakan diri kerana dia tahu mereka akan bekerjasama untuk mencari bapa mereka yang dibintangi oleh Mark Ruffalo dan ingin membetulkan keadaan. Mereka perlu patah balik ke masa lampau.
Sekiranya anda seorang peminat filem tentang pengembaraan masa, filem ini sangat sesuai ditonton oleh anda.
Bird Box (2021)
Jumlah tontonan: 157,400,000
Selepas 5 tahun dunia diceroboh oleh beberapa spesies berbahaya yang mendorong manusia untuk membunuh diri, Malorie lakonan Sandra Bullock merupakan ibu kepada dua anak kecil.
Dia bersama anak-anaknya telah bersembunyi dalam sebuah rumah yang selamat bersama-sama dengan mangsa lain yang terselamat. Mereka perlu menutup mata untuk mengelakkan pemangsa dapat memanipulasi otak mereka untuk menamatkan riwayat sendiri.
Jadi, mereka telah mengikat kain pada mata mereka untuk memastikan mata mereka sentiasa tertutup. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh menetap pada satu tempat sahaja.
Mereka perlu menjadi nomad untuk elak dikesan oleh pemangsa. Walaupun pelarian mereka ini berisiko tinggi disebabkan mata mereka yang tertutup, namun mereka perlu tetap meneruskannya demi kelangsungan hidup.
The Gray Man (2022)
Jumlah tontonan: 139,300,000
Russo bersaudara membintangi satu lagi filem aksi yang penuh intensiti iaitu The Gray Man. Mereka perlu mengikuti ejen CIA yang mengecewakan iaitu “Sierra Six” lakonan Ryan Gosling yang berjaya membongkar rahsia gelap tentang agensinya.
Dia juga sedang dikejar oleh bekas ejen yang dahagakan darah dan agresif iaitu Lloyd Hansen lakonan Chris Evans. Bekas ejennya itu sanggup memusnahkan apa sahaja dan sesiapa sahaja yang berani menghalangnya untuk mendapatkan Six.
Adakah Hansen akan berjaya menghapuskan Six? Jawapannya ada dalam filem ini.
Bagi peminat filem aksi, anda sangat disyorkan untuk menonton filem ini.
{suggest}
Sumber: Collider