MacBook merupakan antara komputer riba yang terbaik dalam pasarannya.
Walaupun begitu, anda masih boleh memaksimumkan potensinya dengan beberapa aksesori yang terbaik terutamanya bagi mereka yang baru memiliki MacBook.
Jadi mari kita lihat 5 aksesori yang perlu ada untuk MacBook:
1. Papan Kekunci Logitech
Papan kekunci ini memang sesuai untuk dipadankan dengan Mac dengan menampilkan kekunci seperti Command dan Return. Ia sesuai digunakan sekiranya anda menggunakan monitor tambahan.
Selain itu, terdapat juga perisian Logi Options+ yang berfungsi untuk Mac. Papan kekunci ini juga mudah dibawa ke mana sahaja terutamanya untuk kaki travel.
Untuk pilihan, anda boleh memilih sama ada MX Keys S atau MX Mechanical. Logitech MX Mechanical dan Logitech MX Keys S ialah papan kekunci tanpa wayar bersaiz penuh dengan reka bentuk berprofil rendah.
MX Mechanical menggunakan suis mekanikal dan boleh dibeli dengan jenis suis tactile Brown atau clicky Blue. Sebaliknya, MX Keys S mempunyai suis gunting sentuhan, yang lebih senyap.
Beli MX Keys S – https://invl.io/clkj7lb
Beli MX Mechanical – https://invl.io/clkj7lh
2. Tetikus Logitech
Tetikus daripada Logitech merupakan salah satu tetikus terbaik dalam pasarannya. Reka bentuk ergonomiknya yang selesa memastikan tangan anda tidak letih walaupun seharian menggunakannya.
Bagi peminat butang clicky dan horizontal scroll wheel, anda boleh memilih MX Master 3S. Hal ini kerana, kedua-dua ciri tersebut akan memudahkan anda untuk menatal dokumen dan laman web. Selain itu, tetikus ini memang khas untuk kerja-kerja suntingan video atau gambar.
Sekiranya anda inginkan tetikus yang standard, anda boleh memilih MX Anywhere 3S. Logitech MX Master 3S dan Logitech MX Anywhere 3S ialah tetikus tanpa wayar yang memfokuskan produktiviti. MX Anywhere 3S adalah lebih kecil, lebih ringan dan mempunyai bentuk simetri.
Ia direka bentuk lebih dengan mengambil kira kemudahalihan dan boleh digunakan pada apa jua permukaan.
Sebaliknya, MX Master 3S mempunyai bentuk tangan kanan yang lebih besar, lebih ergonomik dan kualiti binaan yang agak premium.
Ia juga mempunyai klik tetikus yang lebih senyap dan gesture button yang tersembunyi di ibu jari. Selain itu, ia mempunyai roda skrol sekunder dan roda skrol utama yang menyokong tilt actions.
Beli MX Anywhere 3S – https://invl.io/clkj7ln
Beli MX Master 3S – https://invl.io/clkj7lr
3. UGreen USB-C Hub
Untuk model MacBook Pro kurang memerlukan aksesori ini kerana mempunyai banyak port tetapi untuk model Air anda pasti memerlukan aksesori ini kerana port yang terhad.
USB-C Hub mampu menjimatkan kos serta menjimatkan ruang untuk menambahkan port pada komputer riba, PC atau gaming system anda supaya anda boleh menyambungkan monitor tambahan tersebut atau peranti lain yang anda ingin gunakan sekali dengan Macbook.
UGreen USB-C Hub ini mempunyai tiga pilihan:
- Ada port HDMI sahaja
- Ada port HDMI, SD, TF dan RJ45
- Ada port HDMI, SD, TF, RJ45 dan VGA
Walau bagaimanapun, semua pilihan di atas adalah bergantung dengan keperluan pengguna.
Beli USB-C Hub (HDMI) – https://invl.io/clkj7lw
Beli USB-C Hub (HDMI, SD, TF, RJ45) – https://invl.io/clkj7m5
Beli USB-C Hub (HDMI, SD, TF, RJ45, VGA) – https://invl.io/clkj7mf
4. Monitor LG 29WQ600 29″
MacBook memang biasanya mudah untuk digunakan di mana-mana sahaja. Namun, mungkin ada segelintir yang kerap menjadikannya ibarat ‘desktop’.
Oleh itu, monitor akan jadi pilihan. Antara yang berguna adalah monitor jenis ultra lebar (ultrawide) kerana ia memaksimumkan lagi produktiviti. Baik ketika kerja-kerja penyuntingan mahupun jenis multitasking.
Monitor jenis ultra lebar memang banyak, tetapi pada harga bawah RM1000 tidak banyak. Oleh itu, anda boleh memilih monitor daripada LG ini.
Tambahan lagi, ia juga mempunyai port USB-C yang mana MacBook anda boleh terus digunakan melalui kabel USB-C. Harganya sekitar RM800.
Beli LG 29WQ600 29″ – https://invl.io/clkj7mn
5. Laptop Stand
Laptop stand atau dalam bahasa melayunya penyangga merupakan alat pelbagai fungsi yang mudah alih serta boleh dijadikan alas MacBook ketika bekerja.
Antara fungsinya adalah untuk membantu menjaga postur badan ketika duduk saat melakukan kerja.
Hal ini kerana, posisi badan ketika duduk adalah lebih rendah daripada meja. Jadi, ia akan menyebabkan kita lebih banyak menunduk ketika melakukan kerja pada komputer riba.
Selain itu, ia turut dapat mencegah MacBook tercalar atau terkena tumpahan secara tidak sengaja. Di samping itu, ia juga dapat membantu mengekalkan suhu MacBook sekali gus mengelakkan overheating.
Beli laptop stand – https://invl.io/clkj7np
{suggest}