Sudah banyak dilaporkan berlakunya insiden-insiden melibatkan penggodaman akaun media sosial.
Salah satu platform media sosial yang kerap digodam adalah Telegram. Insiden ini bukan hanya dihadapi oleh pengguna awam sahaja tetapi juga melibatkan ahli-ahli politik dan individu berpengaruh.
Jadi adalah penting untuk anda mengetahui sekiranya akaun telegram anda melakukan sesuatu aktiviti yang mencurigakan.
Jadi di sini adalah panduan untuk anda mengetahui bahawa akaun telegram anda telah digodam:-
- Akaun telegram secara tiba-tiba tidak dapat diakses;
- Video, mesej dan gambar dihantar ke kontak lain dan tanpa pengetahuan anda;
- Telegram meminta perincian info setiap kali anda mahu log masuk ke dalam akaun;
- Anda mendapat mesej SMS atau notifikasi yang memaklumkan akaun telegram anda diakses dari peranti lain yang bukan milik anda.
Sehubungan itu bagi mengelakkan daripada perkara itu berlaku, anda dinasihatkan menetapkan ciri pengesahan 2 faktor bagi meningkatkan ciri keselamatan pada akaun telegram anda.
Anda perlu pastikan anda telah log keluar akaun telegram jika log masuk anda dari peranti yang bukan kepunyaan anda.
Juga jangan sesekali mendedahkan kod OTP telegram kepada pihak lain.
Namun begitu, sekiranya anda merasakan akaun telegram anda telah digodam, anda perlu segera bertindak dengan ‘reset‘ atau nyahaktifkan akaun telegram anda.
Anda juga perlu melaporkan kepada pihak polis jika penggodaman ke atas akaun telegram anda itu melibatkan wang dan nyawa terutamanya.
{suggest}
Sumber: CyberSecurity Malaysia