Apa Yang Dimaksudkan Dengan QR DuitNow Rentas Sempadan?
QR DuitNow merentas sempadan ialah perkhidmatan yang membolehkan anda menggunakan aplikasi MAE untuk melakukan pembayaran di luar negara dengan mengimbas kod QR di negara tersebut.
Apakah Perbezaan Antara Pengeluar Dan Pemeroleh?
Bank Pengeluar / e-Dompet: Bank atau e-Dompet yang digunakan oleh pelanggan untuk membuat pembayaran QR.
Bank Pemeroleh / e-Dompet: Bank atau e-Dompet yang digunakan oleh peniaga untuk menerima pembayaran.
– Maybank Malaysia (Bank Pengeluar) memberi kuasa kepada pelanggan untuk membuat pembayaran QR dengan bank/e-Dompet Pemeroleh negara yang mengambil bahagian iaitu Singapura, Thailand, Indonesia dan China.
– Bagi pelanggan yang melancong ke luar negara, pembayaran QR merentas sempadan hanya boleh dilakukan jika bank/e-Dompet pemeroleh yang digunakan pedagang mempunyai ciri tersebut.
– Bukan semua pembayaran QR menawarkan ciri ini.
Bagaimanakah Cara Menggunakan QR DuitNow Rentas Sempadan?
1. Imbas kod QR yang dipaparkan
2. Masukkan jumlah yang perlu dibayar dalam mata wang asing
3. Sahkan pembayaran dan pastikan amaun ringgit yang dipotong juga dipaparkan
4. Buat pengesahan pembayaran jika melebihi RM250
5. Selesai melakukan pembayaran, maklumkan dan tunjukkan bukti kepada peniaga
Negara Manakah Yang Menawarkan QR DuitNow Rentas Sempadan Untuk MAE?
Ciri ini hanya terdapat pada 4 negara, iaitu Singapura, Thailand, Indonesia dan China.
Berikut merupakan logo kod QR yang menyokong ciri ini mengikut negara:
Adakah Terdapat Sebarang Had Transaksi Untuk QR DuitNow Rentas Sempadan?
Had transaksi harian adalah RM1000 atau bersamaan dengan sekitar SGD289.59, THB7573.44, IR3321487.00, CNY1544.26.
{suggest}
Sumber: Maybank2u