Bagi pengguna peranti pintar semamngnya agak bermasalah untuk melakukan pemindahan data yang bersaiz besar terutamanya apabila melibatkan pemindahan diantara peranti iPhone dan Android.
Berikut kami kongsikan 4 aplikasi terbaik untuk anda berkongsi fail yang bersaiz besar Pada Android dan iPhone.
1. FEEM V4
Antara aplikasi yang sangat ringkas, ianya tidak memerlukan internet cukup hanya sekadar kedua – dua peranti yang ingin dipindahkan fail disambungkan kepada sambungan WiFi yang sama.
Sedikit kelemahan ialah nama peranti yang disambungkan mempunyai nama yang agak meneglirukan. Namun ianya tidak menjadi masalah asalkan fail dapat dipindahkan dengan sempurna.
2. XENDER
Juga tidak memerlukan sambungan internet, hanya sambungan WiFi diperlukan. Kelebihan berbanding Xender, tiada sebarang iklan yang mengganggu anda ketika menggunakan aplikasi tersebut.
3. SHAREIT
Peranti yang ingin dikonsgikan fail, akan bertindak mengaktifkan sambungan Hotspot kepada peranti penerima. Namun tiada sebarang data internet akan digunakan. Paparan antara mukanya hampir sama dengan Xender.
4. ZAPYA
Yang terakhir sekali ialah aplikasi Zapya, konsepnya sama seperti aplikasi yang sebelum ini, apa yang menarik ianya boleh menggunakan kod QR untuk memulakan proses perkongsian fail.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.