Apple Watch sekali lagi muncul sebagai jenama jam tangan pintar yang paling laku dalam pasaran pada suku ketiga 2023. Pasaran jam tangan pintar secara keseluruhannya berkembang sebanyak 8% tetapi Samsung Galaxy Watch mengalami kerugian besar dalam pasaran manakala Huawei Watch mencatatkan peningkatan yang tinggi.
Menurut data terkini daripada Counterpoint Research, sebanyak 9% lagi jam tangan pintar ‘HLOS’ telah dijual di seluruh dunia pada suku ketiga 2023 iaitu antara Julai dan September berbanding pada 2022.
HLOS bermaksud “Sistem Operasi Tahap Tinggi” dan merujuk kepada jam tangan pintar dengan sokongan untuk aplikasi pihak ketiga. Fitness tracker ringkas atau gelang tangan pintar yang murah tidak tersenarai.
{suggest}
1. Apple Watch
Apple masih dapat mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran disebabkan permintaan terhadap Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 mengalami sedikit peningkatan. Sebanyak 45% bahagian pasaran yang dikuasai oleh mereka. Selain itu, Apple Watch SE 2 turut menyumbang kepada peningkatan pasaran.
2. Samsung Galaxy Watch
Jualan Samsung Galaxy Watch telah jatuh sebanyak 19% yang mengurangkan bahagian pasaran Samsung daripada 24% kepada 18%. Namun, Galaxy Watch 6 Classic dilaporkan sangat laku sekali gus meningkatkan purata harga jualan bagi Galaxy Watch.
3. Huawei Watch
Huawei Watch berada di tempat ketiga dengan penguasaan pasaran sebanyak 14%. Gergasi teknologi China itu menghantar 122% lebih banyak jam tangan pintar HLOS pada suku ketiga 2023 berbanding suku yang sama tahun lepas. Antara model yang menyumbang kepada peningkatan jualan adalah Huawei Watch 4, Watch 4 Pro dan Watch GT 4.
Sumber: counterpointresearch