Baru-baru ini, Telegram versi 10.5.0 yang telah pun berkuatkuasa bagi penggunaan peranti mudah alih menawarkan beberapa penambahbaikan dengan penggunaan grafik yang unik.
Ciri ‘Thanos Snap’
Kaedah pemadaman pesanan dengan ciri ‘Thanos Snap‘ ini mula diterapkan bagi penggunaan peranti iOS dan Android.
Pembaharuan ini mula dikemukakan dalam peranti iOS untuk fasa percubaan dengan kesan evaporasi bagi animasi pemadam mesej. Ciri itu diuji bersama tetapan pemadam mesej automatik pada bulan lepas.
Sistem Panggilan Telegram
Selain itu, Telegram kini membolehkan penggunanya berhubung dalam mod panggilan suara atau video sambil berkongsi paparan skrin dengan jaminan perlindungan untuk kegunaan pelbagai platform termasuk Telegram Web.
Antara ciri panggilan yang diperbaiki adalah reka bentuk semula antara muka panggilan dengan penambahan animasi dan paparan latar belakang yang akan berubah berdasarkan status panggilan; berdering, semasa dan tamat panggilan.
Platform Bot Telegram
Untuk pengetahuan anda, aplikasi Telegram mempunyai satu program komputer yang dikenali sebagai Bots Telegram dengan kebolehan menyediakan respons secara automatik melalui tetapan balasan yang disediakan dengan penguasaan kecerdasan buatan.
Kini, Bots Telegram boleh memberi reaksi secara automatik terhadap pesanan yang diterima dan mengurus pautan serta memberi pemberitahuan tentang info penting yang diberikan dalam saluran pengguna berstatus “admin“.
{suggest}
Sumber: Telegram