Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bagi melancarkan projek rintis Cashless@PEDi.
Setakat dari Disember 2022 hingga suku pertama 2023, sebanyak 28 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) terlibat dengan projek rintis ini.
MCMC menyatakan, objektif utama projek rintis ini adalah untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat luar bandar melalui pameran dan aktiviti yang bakal diadakan melalui PEDi.
MCMC juga memaklumkan, kempen Cashless@PEDi diteruskan di PEDi Taman Kelisa dan PEDi FELDA Soeharto di Selangor pada Januari ini dan diikuti di beberapa PEDi di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Menerusi projek rintis ini, penduduk luar bandar didedahkan dengan maklumat dan kelebihan kaedah pembayaran tanpa tunai serta berpeluang menikmati pengalaman berbelanja tanpa tunai melalui pelbagai kaedah e-pembayaran yang dikendalikan oleh PayNet seperti kad debit (MyDebit), JomPay, DuitNow QR, dan sebagainya.
{suggest}
Sumber: MCMC