Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

25 Sekolah Dipilih Sertai Program Perintis ‘Go Digital Schools’

Posted on September 3, 2022September 3, 2022

Melalui program perintis ‘Go Digital Schools’, sebanyak 25 daripada 104 sekolah di Perlis telah dipilih untuk menyertainya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Naharudeen Othman berkata, 20 sekolah rendah dan lima sekolah menengah itu dipilih bagi melaksanakan aplikasi digital yang disediakan sebuah syarikat swasta iaitu ME12PAY Digital Sdn Bhd.

{suggest}

Pihak sekolah boleh memilih 15 perkhidmatan digital yang disediakan termasuk pembayaran tanpa tunai, pembelian barangan kitar semula dan sistem kehadiran.

Dalam pada itu, Naharudeen berkata pihaknya berharap penggunaan aplikasi digital di sekolah akan mencapai tahap 85% pada tahun depan.

Untuk makluman, program Go Digital telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan dan program jelajah ini akan dijalankan ke seluruh sekolah di seluruh negara bagi memperkenalkan teknologi digital.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress