Tema, genre, mekanik, gaya seni, penceritaan dan pendekatan sosial. Keenam-enam aspek ini merupakan antara penyebab utama sesuatu permainan itu terus berkembang di kalangan para pemain walaupun zaman kejayaannya telah lama tamat bertahun lamanya.
Namun begitu, kepercayaan antara pembangun permainan (developer) dengan para pemain (player) juga adalah salah satu aspek yang memainkan peranan besar dalam mengikat erat talian perhubungan serta menarik hati lagi banyak pemain luar untuk cenderung ke arah komuniti mereka.
Seperti yang anda tahu, ganjaran dalam permainan dan keselamatan akaun pemain adalah salah satu alternatif pembangun dalam menjaga kesejahteraan komuniti mereka daripada berpecah-belah.
Dua perkara ini sering kita lihat diaplikasikan dalam permainan jenis FPS (First-Person Shooter) dan RPG (Role-Playing Game).
Namun begitu, semenjak masuk tahun 2024, permainan Apex Legends dan Genshin Impact didapati telah mula menggugurkan kepercayaan para pemainnya dari sudut dua perkara di atas.
Apex Legends
Apex Legends yang merupakan sejenis permainan FPS Battle Royale percuma daripada Respawn Entertainment dan Electronic Arts telah berjaya menambat hati para peminat permainan FPS untuk platform PC dan konsol sejak 4 February 2019.
Antara tarikan utama dalam permainan ini yang tidak ada pada permainan FPS Battle Royale yang lain adalah sistem respawn, pinging, jumpmaster serta penerapan animasi yang menarik pada karakter, kemahiran karakter dan juga peta.
Walau bagaimanapun, kejadian yang tidak diingini telah terjadi dalam kejohanan ALGS: Pro League (North America) yang mana lobi Grand Finals di peta Storm Point, Gaea telah digodam oleh dua orang penggodam bersiri yang dikenali dengan nama Destroyer2009 dan R4ndom.
Antara pemain yang dipaksa terlibat dengan godam wall hack dan bullet homing ini adalah Genburten dari DarkZero Esports dan ImperialHal dari TSM.
Setelah kejohanan itu ditangguhkan, Mande dari pasukan TSM telah menghadiri sesi perbincangan bersama pencipta permainan, PirateSoftware dan ThePrimeagen daripada organisasi OffSec.
Mande dijemput untuk berkongsi pengalamannya setelah berkali-kali terlibat dalam kegiatan godam Destroyer2009.
Antara situasi yang pernah dialami olehnya adalah diberikan 4,000 Apex Packs ke akaun utamanya yang bernilai USD4,000 (~RM18,809.46) dan dihantar lebih kurang 40 orang dalam satu lobi permainan untuk menyerangnya.
Mande juga pernah bermain dalam satu sesi permainan bersama Destroyer2009 yang mana penggodam itu menjelaskan niat dia melakukan kegiatan godam itu sekadar mengisi masa lapang dan mencari keseronokan.
Sehubungan dengan itu, developer Apex Legends sekarang hanya mampu mengambil langkah untuk meneruskan kejohanan akhir ALGS NA secara luar talian tanpa sebarang pengumuman masa dan tarikh kejadiannya. Apa yang disediakan oleh mereka adalah keputusan mata yang dikumpul oleh setiap pasukan yang bertanding melalui laman web Battlefy.
Perkara ini juga boleh menjadi penyebab utama para pemain yang tekun dan serius dalam esukan mula melangkahkan kaki keluar dari industri ini.
Malah kini, lebih banyak kejadian godaman direkod berlaku serta boleh dipertontonkan dalam setiap strim para pemain profesional dalam platform YouTube dan Twitch. Tidak kira negara ataupun wilayah.
{suggest}
Genshin Impact
Permainan seterusnya adalah sebuah permainan RPG dunia terbuka yang dilancarkan oleh syarikat HoYoverse ataupun lebih dikenali dengan nama miHoYo, Genshin Impact telah dilancarkan pada akhir bulan September 2020.
Sebagai ringkasan, para pemain diperkenalkan dengan penceritaan dalam permainan tentang dua orang adik beradik kembar yang dipisahkan oleh satu karakter antagonis dan salah seorang daripadanya diculik apabila para pemain terpaksa memilih hanya seorang daripadanya untuk dijadikan karakter utama sepanjang permainan.
Kemudian, misi menyelamatkan adik beradik yang lain bermula di Mondstat dan masih bersambung hingga ke bukaan kawasan yang terkini iaitu Fountaine.
Selaras dengan kemas kini penceritaan dan pembukaan kawasan dalam permainan, Genshin Impact juga memikat hati para pemain mereka melalui keluaran karakter terbaru yang boleh dimainkan berdasarkan karakter dalam penceritaan dengan gandingan pelbagai acara terhad yang menawarkan mata wang dalam permainan secara percuma (Primogem) untuk gacha.
Walau bagaimanapun, permainan ini mulai jatuh reputasinya apabila HoYoverse melancarkan satu lagi permainan jenis 3D turn-based RPG iaitu Honkai: Star Rail pada 26 April 2023 yang memenangi anugerah Permainan Mudah Alih Terbaik 2023 dalam acara Game Awards 2023 setelah lapan bulan dilancarkan.
Sempena kejayaan itu, para pemainnya telah dihadiahkan mata wang dalam permainan sebanyak 1,600 Stellar Jade yang bernilai lebih kurang RM122.
Namun, perkara ini bukanlah topik utama yang perlu dipertikaikan kerana pemain Genshin Impact juga telah mendapat ganjaran Primogem apabila ia tersenarai dalam anugerah Permainan Berterusan Terbaik 2023.
Isu ketidakadilan yang ditimbulkan oleh pihak HoYoverse mula muncul apabila Honkai: Star Rail memberikan satu karakter dalam permainan secara percuma iaitu Dr. Ratio dengan cara menekan butang “Claim All” pada e-mel setiap para pemain yang mula tersedia dari kemas kini 1.6 hingga 2.1.
Walau bagaimanapun, Genshin Impact juga telah memberikan satu karakter dengan elemen Cryo, Aloy yang menggunakan busur sebagai senjata secara percuma.
Pemberian ini adalah bersempena dengan kolaborasi Genshin Impact bersama sebuah permainan RPG, Horizon Zero Dawn.
Pertikaian ganjaran ini bermula apabila para pemain Genshin Impact mengetahui bahawa Dr. Ratio adalah sejenis karakter yang memberikan sejumlah damage yang besar ke atas musuhnya manakala Aloy hanyalah sebuah karakter sokongan dalam pasukannya.
Ini adalah satu perbezaan yang besar jika dilihat dari perspektif seorang pemain permainan daripada HoYoverse.
Jikalau anda yang membaca artikel ini merupakan seorang ‘kaki game’ yang sejati, bermain Apex Legends dan Genshin Impact pada masa yang sama serta mengikuti perkembangan komuniti bagi kedua-dua permainan ini.
Sebagai contoh, cakna akan kesinambungan semula perlawanan akhir kejohanan ALGS: Pro League (North America) yang berlansung pada hari ini dan kemasukan karakter terbaru, Arlechhino: The Knave dalam Genshin Impact, isu-isu yang dibahaskan di atas merupakan perkara yang perlu diambil perhatian.
Bagaimanapun, ini hanyalah pendapat peribada saya yang memang bermain kedua-duanya. Bagi anda pula, apakah permainan yang sudah mula menurun jumlah pemain aktifnya?