Dalam siaran di Threads, CEO Meta Mark Zuckerberg berkata Elon Musk tidak serius mengenai pertarungan dalam sangkar, dan tiba masanya untuk ‘move on’ dari perkara itu.
{suggest}
Sebelum itu, perbualan Zuckerberg bersama Musk telah disiarkan di platform X (dahulunya Twitter), yang mana beliau mengatakan Musk sepatutnya perlu berlatih sendiri dan memberitahunya jika sudah bersedia. Atau sebaliknya, lupakan sahaja mengenai pertarungan tersebut.
This is the full message: pic.twitter.com/UzbKoIkFOc
— Elon Musk (@elonmusk) August 13, 2023
Lanjutan perbualan itu, Zuckerberg melalui Threads menjelaskan, beliau telah menawarkan Musk tarikh untuk pertarungan tersebut. Namun, pesaingnya itu dikatakan kerap mencari alasan, termasuk memerlukan pembedahan dan latihan secukupnya.
Dalam satu ciapan balas di platform X mengenai siaran Zuckerberg itu, Musk pula menggelarkannya sebagai ‘chicken’.
Zuck is a chicken
— Elon Musk (@elonmusk) August 13, 2023
Dengan itu, tidak diketahui jika pertarungan ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya bak kata Zuckerberg, ‘move on’ sahaja.
Terdahulu, Musk pada Jun telah bersetuju untuk bertarung secara fizikal dengan Zuckerberg di Vegas Octagon.
Sumber: The Verge
Gambar utama: CryptoSiam