Beberapa hari lepas kami melaporkan yang mana ZTE tidak berhasrat untuk menggunakan HarmonyOS pada barisan telefon pintar mereka.

Nampaknya persoalan itu sudah terjawab kerana mereka bakal menggunakan sistem operasi baharu yang dinamakan MyOS.

MyOS kini akan menggantikan antara muka mereka yang lama iaitu MiFavor dimana kali ini ia tampil dengan rekaan serba baharu dan unik.

Pengguna tidak perlu risau kerana MyOS ini dibangun berasaskan sistem operasi Android.

MyOS akan dilancarkan pada 30 Mac ini seiring dengan kehadiran telefon baharu ZTE S30 Pro.

Spesifikasi penuh telefon ini masih lagi misteri tetapi yang pasti ia didatangkan kuad kamera dengan 64MP utama, 44MP swafoto serta menyokong kadar penyegaran 144Hz.

Dalam pada itu, ZTE juga akan memperkenalkan ekosistem baharu mereka, iaitu 1+2+N.

Ekosistem ini mirip yang diumumkan Huawei menerusi 1+8+N dan 1+4+N dari realme.

Oleh itu, mari sama-sama kita nantikan telefon serta sistem operasi baharu ini dari ZTE pada penghujung Mac.

Sumber: gsmarena, gizmochina