Terdahulu kami melaporkan bahawa telefon baharu ZTE Axon 30 mungkin menawarkan memori terbesar dalam telefon pintar. Kini, ia telah menerima kemas kini baharu yang akhirnya membenarkan RAM dinaiktaraf dari 8GB kepada 20GB RAM.

Melaluinya, pengguna mempunyai pilihan untuk menambah dari 1GB sehingga 8GB RAM maya (virtual RAM). Dengan ini, memori 12GB LPDDR5 pada Axon 30 secara tidak langsung menjadi telefon Android pertama yang hadir dengan RAM sebesar itu.

Mengimbas kembali, ZTE Axon 30 5G dilengkapi skrin 6.92 inci AMOLED 120Hz, kamera di bawah skrin generasi kedua, storan 256GB UFS 3.1 serta Snapdragon 870.

Sumber: phonearena

Baca juga:

 

Tekan untuk beli produk ZTE:

Shopee - https://invol.co/cl5h6q9
Lazada - https://invol.co/cl5h6qo