Tahun lalu, kita telah menyaksikan telefon pertama dengan teknologi kamera di bawah paparan dilancarkan menerusi ZTE Axon 20. Kemudian, skor dari DxOMark untuk telefon pintar tersebut tidak begitu baik.

Kini, mereka kembali lagi melalui ZTE Axon 30 5G yang mana teknologi tersebut dinaik taraf. Telefon ini mempunyai paparan berukuran 6.92 inci AMOLED beresolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz.

Kamera hadapannya tampil dengan 16MP di bawah skrin dimana piksel per inci (ppi) pada kameranya ditingkatkan kepada 400 ppi berbanding 200 ppi seperti ZTE Axon 20.

ZTE berkata, mereka menggunakan 7 lapisan bersama-sama susun atur piksel baharu pada kamera tersebut dan mendakwa ia mampu memberikan ketajaman gambar lebih baik berbanding terdahulu.

Pada bahagian belakang, dilengkapi kuad-kamera dimana 64MP utama dengan sensor Sony IMX682 yang dipadankan 8MP ultra lebar, 5MP makro dan kamera bantuan bokeh (depth).

Untuk spesifikasi khusus, peranti ini hadir dengan cip Snapdragon 870, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman hingga 256GB UFS 3.1. Bateri dimuatkan sebesar 4200mAh serta sokongan pengecasan 55W. Sementara ia menjalankan MyOS 11 berasaskan Android 11.

Harga yang diletakkan adalah bermula 2198 yuan (~RM1429) untuk varian 6/128GB dan 3098 yuan (~RM2014) bagi varian 12/256GB.

Sumber: ZTE, iceuniverse

Baca juga artikel berkaitan: