ZTE terdahulu telah mengumumkan Axon 20 5G dan ia rasmi dilancarkan di China pada September yang lalu. Kini, telefon pintar yang hadir dengan kamera bawah paparan pertama di dunia ini sudah tersedia buat pasaran global termasuk Malaysia.

Walau bagaimanapun, penjualan awal bagi telefon pintar ini akan dilakukan melalui kod jemputan (terhad 200 unit) yang boleh didapati menerusi New Vision Club ZTE dan juga saluran rasmi media sosial ZTE.

Tambahan lagi, pelanggan yang telah menempah Axon 20 5G turut akan menerima fon telinga tanpa wayar ZTE TWS LiveBuds.

Dari segi harga, ia dijual pada AS$449 iaitu sekitar RM1820. Namun, telefon pintar ini masih belum hadir menerusi ZTE Malaysia.

Sumber: GSM Arena