Semalam Zoom baru sahaja mengumumkan mereka telah memperoleh perjanjian dengan syarikat yang mengkhususkan terjemahan masa nyata, Kites.

Langkah ini dilaporkan akan membantu Zoom menambah ciri terjemahan masa nyata untuk memudahkan komunikasi pelbagai bahasa dalam aplikasi tersebut.

Selain itu, Zoom percaya kerjasama dengan Kites akan selari dengan misi untuk menjadikan platform tersebut mampu menyediakan perkhidmatan tanpa batas bahasa kepada pengguna di seluruh dunia.

Walaupun Zoom sudah ada ciri transkripsi masa nyata, tetapi ia hanya terhad kepada pengguna yang bercakap Bahasa Inggeris. Tambahnya, ciri yang ada sekarang mungkin tidak memenuhi syarat ketepatan tertentu.

Oleh itu, Zoom bercadang untuk melabur serta membuka pusat penyelidikan untuk meluaskan pasukan penyelidikan dan pembangunan Kites di German.

Sumber: Zoom

Baca juga – Google Messages Di Peranti Android Akan Ada Ciri Baru

Baca juga – Taman Buaya & Rekreasi Melaka Adakan Lawatan Maya Sempena PKP, Guna Google Meet & Zoom