Sejak wabak COVID-19 melanda dunia, aplikasi dan perkhidmatan Zoom kian meningkat naik dalam kalangan pengguna. Ia juga adalah pesaing terdekat terhadap Google Meet terutama dalam persidangan video.

Laporan terbaru daripada The Information, Zoom sedang merancang untuk menawarkan perkhidmatan e-mel dan kalendar mereka tersendiri bagi melengkapkan perkhidmatan mereka.

Ia akan menjadi perkhidmatan e-mel yang baharu dan akan menambah beberapa perkara atau ciri baharu berbanding Gmail atau Outlook.

Tambahan lagi, perkhidmatan ini mungkin akan ditawarkan pada tahun 2021. Walaupun Gmail diguna ramai, Zoom masih mempunyai pengguna mereka yang tersendiri.

Sumber: The Information