Sejurus selepas pelancaran telefon pintar siri Zenfone 4, terdapat satu perkhabaran gembira buat peminat peranti ini di Malaysia dimana 3 buah model daripada 5 model yang dilancarkan sebentar tadi bakal mendarat di Malaysia seawal minggu hadapan.
3 buah model yang terlibat adalah…
- Asus Zenfone 4 Selfie (RM899)
- Asus Zenfone 4 Selfie Pro (RM1799)
- Asus Zenfone 4 Max Pro (RM1099)
…yang akan dijual bermula pada 25 Ogos hadapan. Bagi anda yang tidak sabar lagi untuk membeli, pra-tempah ketiga-tiga model ini sudah pun bermula hari ini dan dijadualkan tamat pada 24 Ogos 2017.
Pembelian secara pra-tempah boleh dibuat melalui platform e-Dagang Lazada, dan Shopee dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Asus Zenpower secara percuma.
Antara aksesori tambahan yang bakal dinikmati secara percuma oleh bakal pembeli adalah;
- Selfie stick
- Kabel OTG
- Pelindung skrin
- Kabel MikroUSB
- Powerbank Asus Zenpower 10050 mAh bernilai RM99