Platfom e-dagang Shoppee kini bukan sahaja menawarkan penjualan barangan tetapi juga turut menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat secara atas talian.

Ia adalah hasil usaha Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang telah mengumumkan Shopee sebagai medium bayaran atas talian terbaharu bagi bayaran zakat melalui laman Facebook MAIPk iaitu Zakat Perak-MAIPk.

MAIPk memaklumkan, pelantikan medium bayaran zakat melalui platform e-dagang, Shopee seiring dengan perkembangan terkini iaitu masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian atas talian yang lebih mudah dan cepat.

Selain itu, dalam tempoh negara masih lagi terhad pergerakan ekoran pandemik Covid-19, transaksi atas talian adalah pilihan yang lebih selamat.

Deals, Top-ups & Bills > Donation & Finance > Zakat

Oleh itu, MAIPk menyeru orang ramai terutama umat Islam di Perak menunaikan tanggungjawab mereka dengan pmembayar zakat memenerusi aplikasi Shopee yang akan boleh dibuat dari 18 Disember ini.

Pembayaran zakat boleh dibuat melalui dompet mudah alih ShopeePay, Kad Debit, perbankan atas talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven.

Malah bagi merancakkan lagi kempen bayaran zakat, pihak Shopee juga melaksanakan kempen zakat di Shopee dengan menawarkan 200 Syiling Shopee kepada 1,000 pembayar zakat terawal yang akan dipilih setiap hari dengan tempoh kempen bermula pada 22 Disember hingga 31 Disember 2020.

Semoga dengan kerjasama bersama Shopee ini akan memberi kemudahan kepada ramai pengguna Shopee yang beragama Islam untuk melaksanakan ibadah zakat khususnya di negeri Perak dan hasil kutipan zakat ini seterusnya akan diagihkan dan memanfaatkan golongan asnaf.

Sumber: MAIAMP