Menonton video menerusi aplikasi YouTube di peranti mudah alih memerlukan pengguna menekan video satu persatu. Manakala menerusi pelayar web di komputer, pengguna boleh membuka banyak tab video dalam satu masa.
Terbaru, ada perkhabaran menyatakan YouTube sedang menguji ciri baru yang membolehkan pengguna menonton video secara terus di laman utama tanpa perlu menekannya.
Android 12, Pixel 4A. You can play entire YouTube video from home screen without actually clicking on it. YouTube has also added an option to toggle CC and scroll through progress player (can see image preview now) @MattNavarra @wongmjane @alex193a @liahaberman @digitaliworld pic.twitter.com/JY8ehkcSUp
— Samarth (@iamstake) June 22, 2021
Sebenarnya ciri video dimainkan secara automatik sudah ada, tetapi ia tidak mengeluarkan suara dan pengguna tidak boleh mengawalnya.
Kali ini, video yang sudah boleh dimainkan terus di laman utama, disertakan dengan bunyi dan pengguna diberi kawalan penuh. Perubahan kecil ini mampu memudahkan pengguna yang suka menonton video secara terus di halaman utama atau halaman cadangan.
Walaupun begitu, ciri ini masih sedang diuji kepada sebahagian kecil pengguna sahaja. Nantikan maklumat dan kemas kini akan datang oleh YouTube.
Sumber: ubergizmo
Baca juga – YouTube Akan Berbelanja Besar, Tak Nak Kalah Dengan TikTok
Baca juga – Cara Menonton Youtube Secara “Picture in Picture” Pada iPhone