Kemaskini (8.41 malam) – Platform YouTube sudah boleh diakses seperti sediakala.

Platform perkongsian video popular YouTube kini dilihat sedang mengalami masalah untuk diakses.

Menerusi tinjauan kami, masalah tersebut bukan hanya berlaku pada halaman rasmi malah turut gagal diakses menerusi aplikasi mudah alih. Berdasarkan laporan di DownDetector, pengguna sudah mengadu permasalahan ini sejak 7.30 petang.

Namun begitu, setakat artikel ini ditulis, pihak pengendali platform terbabit masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan.

Terdahulu, YouTube pada 12 November yang lalu juga menghadapi masalah dimana video tidak boleh dimainkan. Ia melibatkan perkhidmatan seperti YouTube TV, YouTube Music, dan YouTube Kids.