YouTube bukan sekadar platform perkongsian video semata-mata malah medium jana pendapatan bagi sesetengah daripada kita. Sebelum ini, pencipta video mungkin hanya bergantung kepada iklan ataupun plugin dari pihak ketiga ketika melakukan penstriman untuk mendapatkan pendapatan.

Namun bermula minggu ini, ciri Super Thanks sudah mula dilepaskan kepada pengguna. Masih lagi berada dalam fasa beta, ia membolehkan penonton memberi tip atau sumbangan wang kepada pencipta video di platform berkenaan.

Sumbangan wang yang ditetapkan adalah antara $2, $5, $10 dan $50 dimana ia akan berbeza mengikut tukaran matawang sesebuah negara.

Melalui Super Thanks, peminat dan penonton sesebuah saluran YouTube boleh menggunakannya sebagai tanda sokongan untuk setiap video yang diterbitkan.

Terdahulu, YouTube sedia memperkenalkan ciri seakan sama iaitu Super Chat, dan Super Stickers bagi streamer yang mana syarikat itu akan mengambil 30% daripada setiap sumbangan yang diberikan penonton. Walaubagaimanapun untuk kita pengguna tempatan, ketiga-tiga ciri “super” ini masih belum ditawarkan.

Sumber: