Ketua Produk Youtube Music, Brandon Bilinski, telah mengumumkan yang aplikasinya boleh dimainkan melalui Apple Homepod di Reddit.
You can now use YouTube Music on your Apple HomePod speakers
byu/mrbilinski inYoutubeMusic
Untuk penyediaan, anda perlu mengemas kini YouTube Music di dalam peranti iPhone anda kepada versi yang terkini. Seterusnya, buka aplikasi dan klik imej profil di bahagian atas kanan. Tekan ‘Settings‘ > “Connected Apps” > “Connect with Homepod“.
Seterusnya, anda cuma perlu menggunakan arahan suara – “Hei Siri, mainkan muzik dalam YouTube Music.” – dan selesai.
Sehubungan dengan itu, anda tidak perlu mengatakan “… dalam YouTube Music” apabila menjadikan YouTube Music sebagai perkhidmatan lalai. Caranya adalah anda perlu pergi ke aplikasi iOS Home > ‘Settings‘ > tekan ‘Username‘ > pilih “Default Service” dan pilih YouTube Music.
Semoga berita panduan ini berguna untuk pengguna Homepod dan iOS.
{suggest}
Sumber: reddit, 9T05Google