Hari ini YouTube telah menyenaraikan beberapa kandungan YouTube yang popular sepanjang tahun 2020 di Malaysia.

Dalam arena muzik, penyanyi tempatan seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan Azzara Band menyertai bintang K-pop seperti Blackpink dan BTS dalam tontonan video muzik paling banyak di Malaysia.

Berdasarkan senarai tersebut, lagu “How You Like That” dari BlackPink mengungguli jumlah tontonan paling tinggi. Sementara itu, lagu “Peluang Kedua ft. MK K-Clique” daripada Nabila Razali menduduki tempat kedua.

Berikut adalah senarai penuh video muzik popular di Malaysia:

  1. BlackPink – How You Like That (Music Video)
  2. Nabila Razali – Peluang Kedua ft. MK K-Clique
  3. Vita Alvia – Hareudang/Nestapa
  4. BlackPink – Ice Cream ft. Selena Gomez
  5. BlackPink – How You Like That (Dance Performance)
  6. Azarra Band – Jaga-jaga ft Beby Acha
  7. BTS – Dynamite
  8. Harith Zazman, MFMF, Loca B – Cute (Stop Lah Being So Cute)
  9. Nabila Razali – Peluang Kedua (Lyric Video)
  10. Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Aku Bidadari Syurgamu