Selain menyenaraikan video muzik popular yang ditonton di Malaysia, YouTube juga telah mengeluarkan senarai pencipta kandungan atau YouTuber popular di Malaysia.

Kebanyakan YouTuber ini merupakan orang-orang muda termasuk penghibur, gamer, tukang masak dan juga influencers yang memberikan impak terhadap masyarakat.

Isa Isarb dengan jumlah pengikut 1.8 juta adalah YouTuber paling popular di Malaysia. Diikuti pemain Mobile Legends Jess No Limit dan tukang masak tular pada PkP yang lalu, Sugu Pavithra.

Tambahan lagi, pendakwah terkenal dan diminati masyarakat, Ustaz Ebit Lew juga termasuk dalam 10 YouTuber paling popular di Malaysia.

Berikut adalah senarai penuh 10 YouTuber popular di Malaysia: