Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple watch watchos 9

Young: Apple Watch Series 8 Tampil Paparan 1.99 Inci Lebih Besar

Posted on Julai 6, 2022

Apple dikhabarkan mungkin akan memperkenalkan tiga Apple Watch baharu, yang mana Apple Watch Series 8 diramalkan akan menampilkan paparan 1.99 inci yang lebih besar.

Menurut penganalisis Ross Young, 45mm tidak lagi akan menjadi model yang lebih besar kerana Apple merancang untuk mengumumkan versi yang lebih besar, sekitar 50mm.

New size is larger, 1.99”.

— Ross Young (@DSCCRoss) July 4, 2022

Pada masa sama, sudah beberapa kali Young berkata barisan baharu Apple Watch ini mungkin hadir dalam tiga saiz paparan.

Menurut MacRumors, penganalisis, Jeff Pu, juga menyokong perkhabaran ini dengan mengatakan pembekal Apple, Luxshare, akan menjadi pembekal tunggal untuk model Apple Watch saiz 2-inci.

Mark Gurman pula melaporkan kedua-dua edisi terbaharu Apple Watch akan menampilkan pengesanan suhu badan. Apple Watch SE 2, sebaliknya, tidak mungkin menerima fungsi ini.

Sebelum ini, Apple Watch Series 8 dikhabarkan akan hadir dengan cip S6, sama dengan yang ada pada Apple Watch Series 6, menjadikannya Apple Watch pertama yang mempunyai pemproses yang sama untuk tahun ketiga berturut-turut.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress